Alhamdulillah Rakyat Brunei Diarah Bekerja Hanya 6 Jam Sepanjang Ramadhan | Bagus Sultan Brunei, syukur ada juga negara seperti Brunei.
Sempena bulan Ramadhan tahun
ini, Sultan Brunei, Duli Yang Maha Mulia Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah, menitahkah rakyatnya untuk bekerja selama 6 jam sahaja
setiap hari.
Perkara tersebut diberitahu melalui Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam.
Bagi mereka yang bekerja di Kementerian dan Jabatan Kerajaan, waktu bekerja pada hari Isnin sehingga Khamis adalah pada pukul 8 pagi hingga 2 petang. Manakala, pada hari Jumaat pula adalah dari pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi.
Sementara bagi pekerja yang bergaji hari pula, masa bekerja hendaklah dikurangkan selama satu jam dari waktu bekerja biasa.
Kalau ikutkan hanya negara-negara Eropah
sahaja yang mengamalkan waktu kerja seperti ini dan boleh dikatakan
produktiviti kerja mereka sangat tinggi.
Memang best sangat. Mesti ramai yang nak berhijrah ke Brunei lepas ni.
sumber ROTIKAYA
0 comments:
Post a Comment