Harapan
seorang lelaki untuk hidup bahagia dgn pasangannya berkecai selepas
dia secara tak sengaja mengetahui jantina sebenar kekasihnya ketika
berkunjung ke sebuah pusat hiburan, 3 hari lalu.
Menurut sumber, lelaki itu langsung tak menyangka kekasihnya berusia 20-an sebenarnya seorang lelaki sehingga secara tidak sengaja tersentuh bahagian sulit pasangannya itu ketika berkunjung ke pusat hiburan itu.
Katanya, terkejut dgn perkara itu lelaki terbabit cuba mendapatkan penjelasan dan kepastian mengenai identiti pasangannya itu sebelum dia mengakui seorang pondan.
“Pengakuan itu amat mengejutkan lelaki itu krn sebelum ini dia langsung tidak mengesyaki identiti sebenar pasangannya berikutan berperwatakan lemah lembut serta kecantikan dimilikinya membuatkan dia yakin kekasihnya itu wanita.
“Lelaki itu mendakwa membelanjakan banyak wang termasuk menggunakan simpanan sepanjang perkenalan mereka semata-mata untuk membuktikan kasih sayangnya terhadap kekasihnya itu,” katanya.
Susulan itu, lelaki itu yang merasai dirinya tertipu membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, kelmarin, selepas gagal menghubungi bekas kekasihnya itu sebaik tembelangnya terbongkar.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menerima laporan kes itu.
—Sumber
0 comments:
Post a Comment